Sunday, April 17, 2011

konstruktivisme!

Assalamualaikum.....

haa kali ni den btol2 xnak cito mengarut ni haa(bahasa nogori lagi)...den nak cito pasal ilmuan laa pulak..den tahu ikau sumo ni xtau pasal hal2 cito camni ni haa kan..tetapi motif sebenor den nak masuk kan cito ni adalah sapo2 yang nak cari cito sal tajuk den nak cito ni..terbuka blog den ni dan amik cito den ni sebagai rujukan..dalam msa smo den dapat pahala dan sapo2 ada blog 2 sila laa follow blog den ni..betamboh juga follower den..kalau samapi 1000 dah nanti...maknonyo..popular laa den ni..mau xbanggo den~~

tajuk sebenar:Pendekatan konstruktivisme dalam hubungan antarabangsa

PENGENALAN
            Konstruktivisme merupakan suatu salah aliran ideologi yang baru diperkenalkan dalam hubungan antarabangsa yang mana sebelum ini ideologi yang mendominasi hubungan antarabangsa adalan Marxist, Liberalisme serta Realisme.[1]  Istilah konstruktivisme diambil daripada perkataan Construct yang beerti membina. Oleh itu, dalam memperihalkan hubungan antarabangsa terdapat struktur-struktur yang tertentu yang membentuknya. Hal inilah yang ditekankan oleh para pendokong Konstruktivisme ini. Konstruktivisme ini bukanlah suatu ideologi yang memainkan peranan dalam hubungan antarabangsa tetapi ianya adalah suatu bentuk penjelasan sosial berkenaan sikap, perilaku serta kajian yang dilakukan dalam bidang sosiologi.[2] Konsep konstruktivisme ini pertama kalinya digunakan dan diperkenalkan oleh Ludwik Fleck yang menghasilkan buku The Genesis and Development of a Scientific Fact.[3] Buku ini telah diterbitkan pada tahun 1935 didalam bahasa Jerman, namun buku ini gagal mendapat perhatian meluas di kalangan para pengkaji hubungan antarabangsa sehinggalah ianya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris pada tahun 1979 dan mula mendapat sambutan. Fleck telah memperkenalkan konsep gaya berfikir yang merangkumi perilaku berfikir, budaya, keilmuan, pendidikan dan kesemua ini akan menghasilkan persepsi dan cara menghasilkan teori. Tokoh lain pula yang penting dalam menghuraikan konstruktivisme ini adalah Bruno Latour. Bruno telah menjelaskan lahirnya suatu pengetahuan melalui hubungan di antara masyarakat(konstruktivisme) dan alam(realisme).[4] Bruno turut menjelaskan bahawa tidak harus meminggirkan benda dan objek(Non-actor) berbanding penekanan yang tinggi terhadap manusia(Aktor).[5] Bruno Latour dan Steve Woolgar telah menghasilkan sebuah buku yang tidak kurang penting iaitu Laboratory Life:The Social Construction of Scientific Facts.[6]
PERKEMBANGAN  KONSTRUKTIVISME DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA
Dalam membicarakan konstruktivisme didalam hubungan antarabangsa, teori ini mula di perkembangkan selepas berakhirnya era Perang Dingin iaitu menjelang tahun akhir 80 an dan awal 90-an.[7] Tokoh yang cuba menekan memperkenalkan konsep ini adalah Nicholas Onuf.[8] Konstruktivisme menekankan peranan sosial dalam dunia politik. Hal ini kerana konstruktivist cuba menghuraikan perilaku negara yang dikatakan sama dengan sikap manusia. Sikap manusia yang ego, mementingkan diri, dan sebagainya. Maka inilah di beri perhatian oleh konstruktivist dalam menyatakan hubungan antarabangsa mengikut pemahaman konstruktivisme. Sekiranya menusia berubah mengikut apa yang ada di sekelilingnya maka begitu jugalah yang berlaku kepada negara yang akan mengubah dasar dan kepentingannya mengikut peredaran zaman.
PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME DALAM HUBUNGAN ATARABANGSA      
Konstruktivisme dalam membincangkan hubungan antarabangsa hanya mengkritik teori Realisme dan juga teori Liberal, namun terdapat beberapa pendekatan teori-teori ini dipersetujui oleh konstruktivisme. Konstruktivisme bersetuju dengan Realisme yang mengatakan dunia ini berada dalam anarki(huru-hara).[9] Para konstruktivist berpendapat bahawa keadaan ini adalah akibat sikap dan perilaku negara yang membentuknya dalam hubungan antarabangsa. Hubungan yang dilakukan juga adalah bertunjangkan kepada kepentingan negara(National Interest).[10]

        Dalam hal ini ia membawa maksud apa yang penting kepada kemajuan serta kebaikan kepada negara akan dibuat berdasarkan apa yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan negara-negara mempunyai identiti yang tersendiri dalam menentukan kehendaknya.Identiti ini terbentuk akibat daripada norma-norma, dan budaya yang telah tersedia ada[11]. Apabila norma ini berubah maka identiti negara juga akan berubah secara tidak langsung. Ini beerti identiti dan kepentingan negara merupakan sesuatu yang boleh di ubah seperti mana sikap manusia yang boleh dibentuk. Perubahan keadaan ni dipengaruhi oleh persekitaran politik global yang memaksa negara berubah sekiranya mahu terus wujud di dalam sistem ini untuk jangka masa yang panjang.
Konstruktivisme juga mengatakan bahawa hubungan antarabangsa yang berlaku di antara negara dan institusi-institusi antarabangsa yang lain seperti NGO(Non-goverment organisation), TNC(Transnational corporation), serta IGO(inter-goverment organistion).Akan tetapi hal ini telah pun diperkenalkan oleh liberalisme dalam hubungan antarabangsa.Maka hal ini turut dipersetujui oleh konstruktivisme dalam menghuraikan sistem yang telah tersedia ada.Ia mengatakan bahawa intitusi-intitusi ini penting di dalam mengatur kepentingan negara-negara. Hal ini turut meliputi aspek undang-undang, regim serta diplomasi.ini jelas menunjukkan sistem yang ada distruktur mengikut identiti negara-negara.

      Konstruktivist juga mengatakan yang hubungan ini boleh dibentuk melalui konflik dan juga kerjasama[12]. Maka di sinilah dinilai kepentingan institusi-intstitusi yang ada iaitu melalui regulative dan constitutive[13]. Setipa negara perlu mematuhi apa yang telah ditetapkan. Jika ingkar maka terdapat pelbagai bentuk tindakan akan diambil seperti ketenteraan, sekatan bekalan ekonomi dan lain-lain. Maka negara-negara perlu menilai kepentingan negara sama ada ingin mengadakan kerjasama atau sebaliknya. Didalam menjaga hubungan maka perlulah berkongsi pengalaman,pengetahuan sejagat serta tindakan yang di ambil perlu mengambil kira persekitaran untuk kelangsungan negara. Pemerintahan yang berbentuk rejim amat di tolak sama sekali. Hal ini kerana menurut konstruktivist, rejim hanya akan merosakkan sistem kerana sifat rejim yang tidak boleh berkerjasama[14].
Konstruktivisme juga menekankan aspek budaya dalam mempengaruhi hubungan antarabangsa. Hal ini kerana hubungan yang berlaku tidak hanya mengambil kira aspek politik dan ideologi semata-mata tetapi juga aspek budaya. Sebagai contoh sekiranya terdapat persamaan budaya di antara aktor-aktor akan lebih memudahkan kerjasama dan berkemungkinan besar tiada akan berlaku konflik. Hal ini dapat dilihat melalui hubungan di antara Malaysia dan Indonesia yang mempunyai budaya yang hampir sama iaitu budaya Melayu serta persamaan agama iaitu Islam. Maka sebarang perselisihan faham mudah untuk diselesaikan tanpa melibatkan pertelingkahan yang besar. Perbezaan agama kini juga menjadi faktor penting dalam hubungan antarabangsa. Selepas kejadian 11 September 1999 dimana World Trade Centre di United States telah runtuh dirempuh pesawat yang dikatakan didalangi oleh orang Islam. Keadaan ini menyebabkan setiap orang Islam di kebanyakan negara Eropah dicurigai kesetiaannya kepada negara.Maka orang Islam terus di anggap sebagai pengganas nombor 1 di dunia.Orang Islam di tangkap serta kehidupan sosial disekat sepenuhnya yang bertujuan mengawal pergerakan mereka.Pergerakan Islam seperti Al-Qaeda dan Jamaah Islamiyah disiasat oleh CIA dan FBI di serata dunia. Negara-negara yang dikatakan mempunyai hubungan dengan pergerakan Islam ini di serang seperti Iraq dan Afghanistan. Jelaslah di dalam hal ini menunjukkan perbezaan budaya dan agama akan menyebabkan konflik.
Hal ini berbeza semasa Perang Dingin yang mana perbezaan ideologi yang ketara tetapi tiada berlakunya peperangan cuma perselisihan faham dalam beberapa aspek seperti perlaksanaan sistem ekonomi dan corak pemerintahan. Justeru itu dapatlah di fahami bahawa budaya memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan hubungan di antara negara pada masa kini. Sepertimana Malaysia yang di tadbir oleh Tunku Abdul Rahman mempunyai dasar yang proBarat dan mempunyai hubungan erat dengan kebanyakan negara Barat seperti Britain dan Amerika Syarikat. Keadaan ini mengakibatkan hubungan dengan negara berfahaman komunis kurang baik. Keadaan ini berubah semasa pemerintahan Tun Abdul Razak yang mengamalkan dasar berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana ideologi.Ini terbukti melalui keanggotaan Malaysia di dalam NAM(non-Alliance Moment). Maka terdapat hubugan yang erat dengan kesemua negara samaada berfahaman komunis ataupun liberal demokrasi. Ini jelas mencorakkan sistem yang diamalkan di rantau Asia Tenggara oleh Malaysia yang mampu di ubah melalui keadaan sekeliling dengan melihat perkembangan di Indonesia dan negara jiran yang lain.
Justeru itu menurut konstruktivisme,hubungan di dalam sistem turut di corakkan oleh:
  • Society-Centric:peranan yang dimainkan masyarakat di dalam sesuatu isu sama ada dalam negeri mahupun luar negeri yang mampu memperngaruhi sistem.Sebagai contoh isu hak asasi manusia serta alam sekitar.Maka aktor terpaksa mengambil perhatian terhadap isu yang di utarakan ini[15]
  • Radikal-Centric:dunia ini terbahagi kepada 2 iaitu[16]
    1. Realms of Peace and Order iaitu negara@sistem didalam keamanan
    2. Realms of Violence iaitu Negara@sistem didalam anarchy
  • State-Centric:unsur-unsur dalaman yang menentukan dasar actor seperti budaya dan sebagainya[17]

KESIMPULAN
       Teori konstruktivisme ini masih baru lagi dalam menjelaskan keadaan dunia yang sebenarnya. Perkembangan teori ini jelas muncul setelah berakhirnya Perang Dingin dan masih banyak yang perlu di perbaiki.Ini kerana para konstruktivist hanya mengkritik teori-teori yang sudah popular tetapi tidak memberikan alternative dalam menyelesaikan permasalahan ini. Justeru itu kritikan utama terhadap teori ini adalah gagal memberikan idea baru dalam hubungan antarabangsa.Masih tidak jelas dan menyeluruh terhadap apa yang ingin disampaikan oleh konstruktivisme ini. Selain itu juga teori ini juga sukar untuk dipraktikkan kerana sikap aktor dan kelakuan aktor sukar untuk di ramal. Hal ini disebabkan persekitaran akan memungkinkan segalanya berlaku tanpa dijangka oleh mana-mana pihak.




[1] John M.Hobson, The State and International Relations, Cambridge University Press, 2000, hlm 87.
[2] Www.Wikipedia.Com/konstruktivisme teori
[3] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Ibid.
[7] Baylis,John & Steve Smith,The Globalization & World Politics, New York,Oxford University Press,2001.
[8] Nicholas Onuf,The World of Our Making, London, 1989, hlm. 187.
[9] Alexander Wendt, Anarchy is What States make of it, 1992, hlm. 224.
[10]Adem, Saifudein,  Anarchy, order and power in world politics : a comparative analysis, Ashgate pub, 2002, hlm 50.
[11]  Martin Grifftin & Tery O`Callaghan,  International Relations:The Key Concepts, Routladse, Natanla, 2002, hlm 322.
[12]Holsti,K.J.,International Politics:A Frameworks for Analysis, Englewood Cliff, New Jersey:Prentice-Hall, 1997, hlm. 357.
[13]John M.Hobson, The State and International Relations, Cambridge University Press, 2000, hlm 109.
[14] Martin Grifftin & Tery O`Callaghan, International Relations:The Key Concepts, Routladse,Natanla, 2002, hlm 345.

[15] John M.Hobson, The State and International Relations, Cambridge University Press, 2000, hlm 211
[16] Ibid, hlm 216.
[17] Ibid.

 Haa abih dah den cito siap ngan nota kaki lagi...harap apo den cito ni dapat membantu ikau2 sumo yang belajar dalam bidang ni..baru ikau tau den ni baik..

sekian~~

0 comments: